WM Childhood Therapy Centre — Pusat Terapi Kanak-Kanak, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Terus ke kandungan
Logo WM Childhood Therapy Centre WM Childhood Therapy Centre Seberang Jaya · Pulau Pinang
019-6400592 WhatsApp

Pusat Terapi & Intervensi Awal Kanak-Kanak

Setiap anak ada rentaknya sendiri. Kami bersama mereka di setiap langkah.

Di WM Childhood Therapy Centre, Seberang Jaya, kami membantu kanak-kanak berumur 1 hingga 8 tahun melalui program intervensi awal yang tersusun dan disesuaikan untuk setiap anak — dari komunikasi dan motor hingga sensori dan asas pembelajaran.

Membina Potensi, Mengembangkan Kemahiran, Meningkatkan Keyakinan

Umur

1 – 8 tahun

Empat program, satu matlamat

Empat program kami diilhamkan daripada empat petak pada logo WM. Setiap satu ada fokusnya sendiri, dan boleh digabungkan mengikut keperluan anak anda.

Aktiviti di pusat terapi kami

Lihat sendiri suasana sesi kami

Rakaman sebenar aktiviti harian di pusat terapi kami. Pilih klip untuk menonton.

{{ videoCaption }}

Rakaman digunakan dengan kebenaran ibu bapa / penjaga.

Ruang yang tenang, sesi yang tersusun

Setiap ruang di pusat terapi kami ada fungsinya: ruang belajar untuk sesi berstruktur, ruang main untuk aktiviti motor kasar dan sensori, dan bilik yang lebih tenang untuk sesi individu. Apabila anak tahu apa yang akan berlaku seterusnya, mereka lebih tenang dan lebih bersedia untuk belajar.

  • Rancangan individu untuk setiap kanak-kanak
  • Rutin harian yang teratur dan mudah diikuti anak
  • Laporan perkembangan berkala kepada ibu bapa
Ruang belajar di WM Childhood Therapy Centre dengan meja dan kerusi kanak-kanak
Ruang belajar
Ruang main untuk aktiviti motor kasar dan sensori
Ruang main
Bilik yang lebih tenang untuk sesi terapi individu
Bilik terapi

Langkah pertama

Mari berbincang tentang anak anda

Anda tidak perlu ada diagnosis atau laporan untuk menghubungi kami. Cukup kongsikan apa yang anda perhatikan tentang anak anda.

Guru berbincang bersama ibu dan anak semasa perjumpaan waris
  1. 01Hubungi kamiMelalui telefon, WhatsApp atau borang di laman Hubungi Kami.
  2. 02Sesi penilaian awalKami menilai tahap perkembangan anak dan berbincang bersama anda.
  3. 03Cadangan programKami cadangkan program (EIP, OT, ST atau 3M) dan pakej yang sesuai.
  4. 04Mula program, semak berkalaProgram disesuaikan dari semasa ke semasa mengikut kemajuan anak.

Kata ibu bapa

Perubahan yang ibu bapa nampak

Ulasan sebenar ibu bapa di Google — semuanya 5 bintang.

Baca semua ulasan di Google
★★★★★
“Anak saya happy bila kami hntar di center WM ni..ada perubahan dari dari segi pergaulan anak saya..sebelum ni anak saya xsuka ada dlm kumpulan ramai..setelah belajar disini anak saya dah boleh bergaul dgn guru n kwn2 yg lain..Alhamdulillah..terima kasih kpd guru2 yg berpengalaman dari WM center 👍🏻👍🏻👍🏻”
Norzaimah EmahUlasan Google
★★★★★
“Saya amat bersyukur dan berbesar hati berada dalam WM chilhood Therapy Center kerana perubahan yang ketara terhadap anak saya… anak saya seorang yang speech delay.. dalam beberapa bulan berapa di WM.. anak saya boleh mengeluarkan ayat dan bercakap.. Alhamdulillah.. Terima kasih WM chilhood..”
Nurul Ashikin Shikin IsmailUlasan Google
★★★★★
“WM Childhood Therapy Center is highly recommended for parents who have special children such as those with autism, developmental & speech delays, Hyperactive, Down syndrome, and so on. It is run by trained and professional instructors”
Nazri OsmanUlasan Google · Local Guide
★★★★★
“Quite good infra and have in depth knowledge about Autism. they have intense and detailed plan for therapy.. Tq to all the tcers & WM Childhood Therapy Center is highly recommended!! 🤩🤝”
Syiera. fauziUlasan Google
★★★★★
“Alhamdullilah terima kasih team wmct , anak sy dah banyak berubah boleh membaca dan menulis , cg di sekolah pown puji anak sy makin sucess..terbaik wmct 😊🤗”
tykaaa eykaaaUlasan Google
★★★★★
“Anak saya banyak dh perubahan sejak hantar kt sini . saya hntar kat sini bru 3 bulan tp dia dh pndai mcm2”
AmiraharisUlasan Google

Sedia untuk langkah pertama anak anda?

Hubungi kami untuk menempah sesi penilaian. Kami akan terangkan pilihan program dengan jelas — tiada paksaan.

Tentang Kami

Falsafah kami: sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit

Kami tidak menjanjikan perubahan sekelip mata. Kami fokus pada kemahiran yang boleh dilatih setiap hari — memahami satu arahan, menyebut satu perkataan baharu, memegang pensel dengan lebih stabil — sehingga ia menjadi kebiasaan anak.

Guru dan kanak-kanak WM Childhood Therapy Centre meraikan Hari Kebangsaan

Kenapa intervensi awal penting?

Pada tahun-tahun awal, kanak-kanak membina kemahiran asas dengan paling pantas — cara berkomunikasi, memberi tumpuan, bertindak balas terhadap persekitaran, serta menggunakan tangan dan badan. Sokongan yang tersusun pada peringkat ini membantu anak mengejar kemahiran yang ketinggalan, dan mengurangkan cabaran apabila mereka mula bersekolah nanti.

Ibu bapa juga memainkan peranan besar. Banyak kemajuan berlaku di rumah, jadi kami kongsikan aktiviti dan latihan anak di pusat terapi supaya ibu bapa boleh meneruskannya di rumah.

Guru berbincang dengan ibu bapa semasa perjumpaan waris
Perjumpaan waris

Cara kami bekerja

Disesuaikan untuk setiap anak
Setiap anak bermula dengan penilaian, bukan silibus yang sama untuk semua.
Berasaskan bukti dan pemerhatian
Setiap aktiviti dipilih untuk melatih kemahiran tertentu, dan akan diubah jika kurang berkesan.
Rutin dan persekitaran yang tenang
Rutin harian yang konsisten membuatkan anak rasa selamat untuk mencuba.
Ibu bapa sebagai rakan kongsi
Perkembangan anak dikongsi secara berkala, bukan hanya di hujung tahun.

Pasukan kami

Guru yang mengenali setiap anak

Pasukan guru dan fasilitator terapi kami bekerja rapat dengan setiap anak dan keluarga mereka. Untuk pendaftaran dan sesi penilaian, hubungi Teacher Wanie di 019-6400592.

  • Rancangan individu untuk setiap kanak-kanak
  • Laporan perkembangan berkala kepada ibu bapa
  • Nota latihan untuk diteruskan di rumah
Pasukan guru WM Childhood Therapy Centre di WMCT HQ
Pasukan kami di WMCT HQ

Hasil yang realistik

Setiap anak berkembang mengikut kadar masing-masing, jadi kami tidak menjanjikan hasil atau tempoh tertentu. Apa yang kami pastikan ialah program yang disusun khas untuk anak anda, serta perbincangan berkala bersama ibu bapa supaya kemajuan anak dapat dipantau dan program diubah suai apabila perlu.

Program

EIP, Occupational Therapy, Speech Therapy dan 3M

Setiap program ada fokus tersendiri. Anak anda boleh mengikuti satu program sahaja, atau gabungan beberapa program mengikut cadangan selepas sesi penilaian.

EIP · Program asas

Early Intervention Program

Program intervensi awal kami yang paling lengkap. EIP melatih tujuh bidang kemahiran serentak dalam rutin harian yang tersusun, kerana bagi kanak-kanak kecil, kemahiran-kemahiran ini saling berkait.

01

Komunikasi

02

Interaksi & sosial

03

Fokus & ikut arahan

04

Motor kasar & halus

05

Sensori

06

Kemahiran kendiri

07

Kemahiran pembelajaran

Ketujuh-tujuh bidang ini dilatih bersama setiap hari.

Rutin sehari

Hari bermula jam 8.30 pagi dengan sesi sambutan dan persediaan, diikuti kelas EIP, aktiviti fizikal, waktu makan (sambil melatih kemahiran kendiri) dan sesi penutup. Pakej Lilie disertakan kelas intensif pada sebelah petang.

Sesuai untuk

Kanak-kanak 1–8 tahun yang memerlukan sokongan perkembangan secara menyeluruh, termasuk yang lambat bercakap, autisme, sukar memberi tumpuan, atau ada cabaran sensori dan motor. Diagnosis rasmi tidak diperlukan.

OT · Belajar melalui pergerakan

Occupational Therapy

OT memberi fokus kepada badan dan tangan anak — menggunakan otot besar dan otot halus, mengawal tindak balas terhadap rangsangan, dan melakukan urusan harian sendiri.

Ruang main yang digunakan untuk aktiviti motor kasar dan sensori
  • Fine motor skills
  • Gross motor skills
  • Koordinasi mata-tangan
  • Sensory processing
  • Balance & coordination
  • Kemahiran pra-menulis
  • Kemahiran kehidupan harian

Bagaimana sesi OT dijalankan

Permulaan

Aktiviti pergerakan untuk memanaskan badan dan menenangkan deria.

Aktiviti utama

Latihan khusus: menggenggam, menyusun, mengimbangi badan dan menggunakan kedua-dua tangan.

Aplikasi harian

Kemahiran dipraktikkan dalam rutin harian seperti makan, memakai kasut dan mengemas.

Penutup

Aktiviti menenangkan, dan nota ringkas untuk latihan di rumah.

Sesuai untuk: kanak-kanak yang kekok atau kerap terjatuh, tidak suka disentuh atau terlalu aktif mencari rangsangan, sukar memegang pensel, atau masih perlukan banyak bantuan untuk urusan harian.

ST · Membantu anak bersuara

Speech Therapy

Komunikasi bermula lebih awal daripada perkataan pertama. Sesi ST kami bermula dari tahap anak sekarang — sama ada pandangan mata, isyarat, bunyi atau satu perkataan — dan dibina dari situ.

PertuturanSebutan yang jelas
Bahasa & komunikasiMembina ayat dan menyampaikan maksud
Kefahaman bahasaMemahami arahan dan soalan
Penggunaan perkataanMenambah dan menggunakan kosa kata dengan tepat
Kemahiran berkomunikasiMeminta, menolak, bertanya
Interaksi sosialBergilir-gilir dan memberi perhatian bersama
Oral motor skillsKekuatan dan kawalan otot mulut

Bagaimana sesi ST dijalankan

Sesi individu yang ringkas dan kerap, menggunakan permainan dan bahan yang anak minati. Setiap sasaran dilatih berulang kali dalam situasi sebenar, bukan sekadar latih tubi.

Sesuai untuk

Anak yang lambat bercakap, pertuturannya sukar difahami, faham tetapi belum bercakap, atau boleh bercakap tetapi sukar berbual dua hala.

3M · Kesediaan akademik

Membaca, Mengira, Menulis

Program akademik asas mengikut tahap perkembangan anak. 3M bermula dari tahap sebenar anak, bukan mengikut tahun persekolahan, supaya tiada asas yang tertinggal.

M

Membaca

Kesedaran bunyi, mengenal huruf, membina suku kata, membaca perkataan dan ayat ringkas.

M

Mengira

Konsep nombor, padanan satu-satu, urutan, operasi asas dengan bahan konkrit.

M

Menulis

Kawalan pensel, corak pra-tulisan, membentuk huruf dan nombor, menulis perkataan.

Bagaimana sesi dijalankan: setiap M diajar dalam sesi pendek, bermula dengan bahan konkrit sebelum kertas, dan diulang secukupnya sebelum ke tahap seterusnya.

Sesuai untuk: kanak-kanak yang sudah bersedia untuk belajar asas akademik, termasuk yang sudah bersekolah tetapi masih perlu mengukuhkan asas 3M.

Ruang belajar tempat sesi 3M dijalankan

Pakej dan yuran

Program ditawarkan dalam pakej harian mengikut kumpulan umur. Yuran pendaftaran RM150 dibayar sekali sahaja, yuran tahunan RM750 setahun sekali, dan yuran bulanan bergantung kepada pakej yang dipilih.

Kiddy1–4 tahun
Rose8.30 pagi – 12.30 t/hari · EIP + OTRM630
Dahlia8.30 pagi – 3.30 petang · EIP + OTRM730
Lilie8.30 pagi – 5.30 petang · EIP (2 sesi) + OT + kelas intensifRM830
Poster pakej Kiddy 1-4 tahun: Rose, Dahlia dan Lilie
Junior5–8 tahun
Rose8.30 pagi – 12.30 t/hari · kelas EIPRM580
Dahlia8.30 pagi – 3.30 petang · kelas EIPRM680
Lilie8.30 pagi – 5.30 petang · EIP (2 sesi) + Fardu AinRM780
Poster pakej Junior 5-8 tahun: Rose, Dahlia dan Lilie

Struktur yuran keseluruhan

Yuran pendaftaranRM150
Yuran tahunanRM750
Yuran bulananRM580–RM830
Poster struktur yuran keseluruhan: pendaftaran, tahunan dan bulanan

Semua pakej termasuk sarapan, makan mengikut jadual pakej dan aktiviti fizikal harian. Kadar di atas sebagai panduan sahaja — sila sahkan yuran terkini dengan kami di 019-6400592.

Soalan Lazim

Soalan yang kerap ditanya ibu bapa

Yuran pendaftaran RM150 dan yuran tahunan RM750 dikenakan sekali. Yuran bulanan bergantung kepada pakej: Kiddy (1–4 tahun) RM630 hingga RM830, Junior (5–8 tahun) RM580 hingga RM780. Sahkan kadar terkini dengan kami di 019-6400592.

Sesi harian bermula 8.30 pagi dan tamat pada 12.30 tengah hari, 3.30 petang atau 5.30 petang mengikut pakej. Sepanjang hari, terapi dijalankan dalam sesi pendek mengikut tahap tumpuan anak, diselangi aktiviti fizikal dan waktu makan.

EIP ialah program intervensi awal menyeluruh — komunikasi, interaksi sosial, fokus, motor, sensori, kemahiran kendiri dan kemahiran pembelajaran, disusun dalam rutin harian. OT lebih khusus: kemahiran motor halus dan kasar, koordinasi mata-tangan, sensory processing, keseimbangan dan kemahiran kehidupan harian. Ramai kanak-kanak mengambil EIP sebagai asas, dengan OT sebagai sesi tambahan yang bersasar.

Tidak. Diagnosis rasmi bukan syarat pendaftaran. Kami menjalankan sesi penilaian awal untuk memahami tahap perkembangan anak dan mencadangkan program yang bersesuaian. Jika ada laporan doktor, pakar atau sekolah, bawa bersama kerana ia membantu perancangan program.

Pakej Kiddy untuk kanak-kanak 1 hingga 4 tahun, dan pakej Junior untuk kanak-kanak 5 hingga 8 tahun.

Boleh. Kami menerima kanak-kanak dengan pelbagai keperluan perkembangan termasuk autisme, kelewatan pertuturan, kesukaran pembelajaran serta cabaran motor dan sensori. Program disusun secara individu mengikut keperluan setiap kanak-kanak, dan hasil perkembangan berbeza bagi setiap anak.

Tidak jumpa jawapan yang dicari? Hubungi kami terus, kami sedia membantu.

Tanya melalui WhatsApp

Hubungi Kami

Tempah sesi penilaian atau tanya apa sahaja

Pertanyaan diterima

Terima kasih, {{ sentName }}.

Pertanyaan anda telah dihantar. Kami akan menghubungi anda dalam 1–2 hari bekerja untuk menetapkan sesi penilaian. Untuk jawapan lebih cepat, WhatsApp kami terus.

Teruskan di WhatsApp

{{ eNama }}

{{ eTelefon }}

{{ eEmel }}

{{ eUmur }}

{{ eProgram }}

{{ eMesej }}

{{ eSetuju }}

Maaf, pertanyaan anda tidak dapat dihantar. Sila cuba lagi atau WhatsApp kami di 019-6400592.

Maklumat anda akan dihantar terus ke emel kami. Maklumat ini hanya digunakan untuk membalas pertanyaan anda.